Social Icons

Tuesday, July 16, 2013

Apa yang perlu dilakukan terhadap “Islam Politik”.

Oleh MUSTAFA AKYOL.
Diterjemah oleh Shuhaib Ar Rumy.

Istilah "Islam Politik" telah menjadi tema yang dominan dalam politik Timur Tengah sejak beberapa dekad. Dengan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir dan ketegangan politik di Turki, tema ini sekali lagi berjaya mendapat tumpuan. Ramai yang tertanya-tanya adakah Islam Politik telah mati ataupun telah berjaya; samada ianya semakin bersederhana ataupun semakin radikal.


Jawapan yang ingin dicari tidak mudah untuk dicapai, akan saya akan kongsikan beberapa pandangan saya disini. Pertama, "Islam Politik" sebenarnya satu istilah yang sangat samar-samar, dan ia mungkin bergantung  pada realiti yang sangat berbeza. Ini adalah kerana pengaruh Islam pada lapangan politik boleh mengambil bentuk yang sangat berbeza. Al-Quran sebenarnya  tidak memberi definisi khusus tentang  negera atau model idealoginya, akan tetapi Al-Quran menggariskan nilai-nilai yang perlu ada dalam politik seperti "keadilan" atau "rundingan"(musyawarah). Persoalan tentang bagaimana seseorang memahami nilai-nilai dan membina visi politik mereka sangat bergantung kepada faktor-faktor luar dari skop keagamaan, seperti konteks dan cara berfikir. 

Minda Autoritarian, sebagai contoh, membina sebuah "Politik Islam" yang sangat autoritarian. Apabila Al-Quran menyarankan bahawa umat Islam seharusnya sentiasa mengerjakan solat, mereka terus menubuhkan "polis agama" untuk memastikan setiap orang bersolat. Berbeza dengan gaya berfikir seorang Muslim yang terbuka (liberal), mereka akan mengatakan bahawa solat adalah tugas peribadi seorang hamba kepada Allah. (Perintah Al-Quran tentang "menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran" boleh juga ditafsirkan dengan cara yang autoritarian atau liberal, seperti yang saya nukilkan dalam buku saya, "Islam Tanpa Ekstrem.") 

Masalah utama dengan Islam Politik pada zaman moden ini ialah bahawa ia sentiasa berkembang dalam budaya politik setempat yang sudah sedia autoritarian. Itulah sebabnya mengapa pergerakan ideologi bukan Islam di tempat yang sama bersifat autoritarian juga. Cukup sekadar dengan melihat golongan sekular Turki, Tunisia atau Iran: mereka semua mempunyai sejarah mengharamkan tudung, yang menjadikan mereka cerminan yang paling sempurna dengan Islamis yang cuba mewajibkan pemakaian tudung yang sempurna. (Malah terdapat juga golongan "liberal" disesetengah tempat  bersikap seperti autoritarian, seperti  yang berlaku di Dataran Tahrir yang telah memuji peristiwa berdarah rampasan kuasa oleh tentera Mesir.)  

Maka persoalannya bukanlah terletak pada bagaimana untuk menyekat "Islam Politik" atau memaksakan sekularisasi masyarakat Islam, akan tetapi bagaimana untuk meliberalisasikan budaya politik masyarakat yang berlaku kepada masyarakat Muslim. (Atau boleh sahaja berlaku kepada masyarakat Rusia, Cina, Burma - anda sebut sahaja.)

Dalam pandangan saya, terdapat dua cara utama untuk menyelesaikan persoalan ini: yang pertama, mempromosikan ekonomi pasaran, dan dengan itu mewujudkan pembangunan ekonomi yang akan memperkasakan golongan kelas sederhana, yang kemudiannya akan menjadikan mereka condong ke arah liberal. Perkara ini telahpun berlaku di Turki.

Keduanya adalah membantu menyelamatkan golongan Muslim yang konservatif dari merasai perasaan “sedang dikepung”. Dalam erti kata lain adalah tidak mengebom negara-negara mereka atau melancarkan rampasan kuasa tentera terhadap parti-parti politik mereka. Mengalu-alukan mereka dengan Demokrasi, dan memastikan peraturan-peraturan yang dimainkan adil dan saksama.

Dijangka banyak "perang idea" akan berlaku, dalam cara yang positif, hanya dengan terwujudnya konteks yang mesra liberalisme (terbuka).  

Walaupun begitu, ianya akan masih mengalami banyak masalah seperti sikap angkuh, cauvinis kaum lelaki, paranoia dan beberapa kekosongan, seperti yang dapat terlihat di Turki. Tetapi jangan kita lupa bahawa masalah tersebut wujud hampir di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia. Juga jangan dilupakan bahawa evolusi "politik agama Kristian" dari kezaliman Inquisisi Sepanyol kepada liberalisme Martin Luther King juga tidak berlaku dalam tempoh semalaman.

July/13/2013


No comments:

Post a Comment