Social Icons

Monday, June 17, 2013

Relevankah Kepimpinan Ulama’?

Persoalan yang dilontarkan adalah relevankah kepimpinan ulama’? Pertamanya, perlu didefinisikan dahulu apakah ma’na ulama’ yang dipakai. Dalam mazhab Sunni, definisi ulama’ adalah tidak tetap bukan seperti mazhab Syi’ah yang menetapkan ulama adalah faqeh.


Definisi yang saya pegang adalah ulama’ merupakan orang yang berilmu dan mempunyai khasyah(takut) pada Allah. ‘Ilmu tersebut bermaksud apa sahaja pengetahuan yang memberi ma’na dan pengi’tirafan yang tepat akan hakikat makhluk dan khaliq. Tidak kiralah ‘ilmu itu sains, pengurusan atau agama; asalkan ianya membawa kepada pengi’tirafan dan parletakan Tuhan pada tempatnya yang sebenar maka ianya dii’tiraf sebagai ‘ilmu.