Justeru kita
sebagai seorang Muslim, apakah kita benar-benar menghayati semangat rahmatan
lil ‘alamin tersebut? Ataupun ianya hanyalah slogan yang hinggap di bibir
tanpa dihayati dan dinikmati oleh jiwa-jiwa yang mempercayai Tuhan yang Satu?
Dan sejauh manakah
kita mendalami, memahami dan mempraktikkan misi suci tersebut; yang kerananya diutuskan
revolusioneer agung yang dicintai dan dikagumi manusia sejagat, yang kerananya
kita berbahagia dengan kehidupan dan
pegangan kita hari ini, yang kerananya jugalah hak-hak manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk Tuhan seluruhnya dijaga dan dipelihara?
Terungkap dalam
Kitabullah, jelas menyatakan bahawa Nabi Muhammad Saw diutus tidak lain untuk
membawakan rahmat buat sekalian alam (wa ma arsalnaka illa rahmatan lil ‘alamin)[1].
Inilah misi agung pengutusan Rasulullah Saw dalam merobah tatacara dan pandang
sarwa masyarakat dunia.
Apakah itu Islam? Apakah makna rahmah? Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan ‘alamin?
Apakah itu Islam? Apakah makna rahmah? Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan ‘alamin?
Islam
sepertimana yang sering diungkapkan merupakan ketundukan dan kepatuhan. Bahkan
ada yang memperdengungkan bahawa Islam adalah sebagai suatu sistem yang padanya
manusia perlu tunduk. Pelbagai persoalan dan tanggapan diberikan bagi memberi
makna kepada apakah sebenarnya Islam. Apakah ianya suatu ideologi atau ianya sistem,
atau budaya, ataupun suatu tatacara hidup?
Kembali kepada
persoalan makna Islam tersebut,(tanpa sedikitpun menafikan pendapat yang
lain) penulis lebih selesa dengan
pendapat yang menyatakan makna Islam tersebut adalah keamanan (peace). Apa yang kita bawa dan pegang adalah
menjurus kearah keamanan. “Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan
(udkhulu fi al-silmi kaffah)”[2]
membawa maksud masuklah kamu kedalam keamanan yang diberikan Tuhan buatmu.[3]
Yang dimaksudkan
dengan keamanan adalah keamanan dalaman dan keamanan luaran, yang mana keamanan
dalaman hanya boleh dirasai oleh pengalaman rohani masing-masing dengan Khaliq yang vertikal sifatnya. Manakala keamanan luaran, secara horizontal, adalah keamanan yang kita bawa ketika seharian bersama
makhluk amnya.
Rahmah jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris boleh dikaitkan dengan perkataan Mercy atau Compassion, yang membawa erti suatu kebaikan dan kemaafan yang ditunjukkan oleh mereka yang berkuasa atau suatu perasaan simpati yang mendalam terhadap penyiksaan yang kerananya menimbulkan keinginan yang tinggi untuk menolong mengeluarkannya dari penyiksaan tersebut.
Juga jika kita melihat perkataan rahmah dari sudut bahasa Arab boleh dikatakan perkataan tersebut diambilkan dari pengertian “Rahim” ibu, dengan demikian secara tidak langsung membawa maksud manusia semuanya bersaudara. Bahkan ada yang menterjemah bahawa pengutusan Rasulullah adalah sebagai penyambung kepada tali persaudaraan (silaturrahmi).[4]

Demikianlah
mesej yang boleh kita kutip dari Surah Al-Hujurat ayat 13 yang menekankan peri
pentingnya amalan saling berkenal-kenalan yang menjadi mukaddimah bagi setiap
perhubungan sekaligus membuka ruang buat manusia sejagat untuk saling memahami
dan menyayangi. Demikianlah, sesungguhnya tiadalah terwujudnya toleransi dan
kasih sayang tanpa saling mengetahui dan memahami antara satu sama lain.
Mungkin pembaca
sudah arif akan perihal makna ‘alamin. Pembaca juga mungkin sangat
mengerti perihal skop yang sering dijumpai dalam Al-Quran yang membezakan “Wahai
orang-orang beriman” dengan “Wahai sekalian manusia”. Nah,
demikianlah cantiknya Islam itu sendiri. Islam tidak sahaja membawa rahmat kepada
penganutnya, malahan turut membawa rahmat kepada alam sejagat. Kerana itu,
Islam adalah jelmaan kasih dan sayang Tuhan. Yang berhak menikmati rahmatNya
bukan sahaja kita, Muslimin, tetapi juga manusia seluruhnya, termasuk yang non-Muslim.
Jika kita meneliti
sejarah kaum Muslimin terdahulu, kita akan mendapati bahawa Islam sangat
menitik beratkan toleransi antara kaum bahkan Islam yang menjadi penjamin
terhadap keamanan dan keadilan sesebuah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui Surah
Al-Maidah ayat 8, wasiat Rasulullah terhadap ahlul zimmah serta Uswah
hasanah baginda ketika berhubungan dengan non-Muslim serta sikap para
Khulafa Ar-rasyidin terhada ahlu zimmah.[5]
Menurut Dr. Siddiq Fadzil (2012):
“Sebagai agama
rahmah, Islam selamanya bersikap ramah terhadap penganut agama-agama lain.
Perbezaan-perbezaan memang jelas ada, tetapi Islam menyikapinya secara damai
berasaskan prinsip lakum dinukum wa liya din (kamu dengan agamamu, aku
dengan agamaku). Sikap berdamai dalam perbezaan itulah yang dinamakan tasamuh
al-diniy (toleransi antara agama)…. Dengan segala kejujuran, perbezaan
harus diterima seadanya sebagai perbezaan, tetapi ia tidak seharusnya
menghalang kerjasama dalam hal-hal yang dapat membawa kebaikan bersama.”[6]
Itulah fikrah Islami yang perlu kita pegang, fikrah insklusif yang berteraskan nilai wahyu dan rasional yang terpandu. Bukannya fikrah literalis, rigid dan terpandu oleh emosi serta sentimen semata. Sikap ethnocentrism/ religiocentrism yang melampau perlulah kita buang kerana ia bukanlah dari ruh ajaran Islam bahkan hanyalah tafsiran peribadi kita yang tertutup dek sikap ego dan dangkal kita terhadap pandangan alam keatas umat manusia sejagat. Marilah kita bersama dalam menghentikan polemik yang dipandu sikap ekstrim. Kerana ekstrim itulah musuh utama kita, musuh kemanusiaan sejagat. Biarpun jika kita betul akan tetapi kerana kita terlampau ekstrim, maka kita tetaplah dalam lingkungan yang salah dek sikap ekstrim yang mengilangkan keindahan dan kebenaran yang kita miliki.

Kerana itu Islam
sangat meraikan kepelbagaian. Kerana kepelbagaian itu fitrah dan sunnatullah.
Bahkan Al-Quran mengungkapkan kepelbagaian itu sebagai ayati’Llah
(tanda-tanda ketuhanan) yang mempunyai rahsia dan hikmah bagi yang mahu berfikir
dan menelitinya.[7] Dan
sikap kita perlulah menjurus kepada positif-apresiatif dalam hal ini. Hal
inilah ditegaskan oleh Dr. Tariq Ramadan bahawa kesejagatan bukanlah suatu
keseragaman, tetapi ia adalah kepelbagaian yang menyatu (Universality is not
uniformity, it’s diversity with unity).[8]
Sikap saling hormat-menghormati, menghargai dan bantu-membantu bakal
menatijahkan “kepelbagaian” yang menyatu tersebut.
Akhir sekali
penulis ingin membawakan sebuah kata-kata yang sangat menyentuh hati nukilan
tokoh terkemuka Turki, M.Fethullah Gulen:
"Applaud
the good for their goodness, appreciate those who have believing hearts, and be
kind to them. Approach unbelievers so gently that their envy and hatred melt
away. Like a Messiah, revive people with your breath. Remember that you travel
the best road and follow the Prophet, an exalted guide. Be mindful that you
have his guidance through the most perfect and expressive revelation. Be
fair-minded and balanced in your judgment, for many people do not enjoy these
blessings."[9]
Sesungguhnya
manusia itu adalah cerminan buat manusia yang lain. Dan ingatlah misi kita,
sampaikan, sebarkanlah keamanan kepada dunia. Ayuh bertindak sebagai “agent of
peace”. Dan sematkanlah dihati bahawa sesungguhnya, “Islam adalah Rahmatan lil
‘alamin”!
[3] Syarahan Dr Tariq Ramadan tajaan Penang Institute bertajuk “Islam,
Democracy & Human Right” pada 17 July 2012.
[6] Siddiq Fadzil (2012). Islam dan Melayu: martabat umat dan daulat rakyat.
Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah, p82.
[9] M. Fethullah Gulen (2004). Toward Global Civilization of Love and
Tolerance. New Jersey: The Light Inc. , p31.
No comments:
Post a Comment