Masyarakat sivil
merupakan satu medium permulaan yang baik untuk membentuk dan membina sebuah
masyarakat yang progresif dan tinggi nilainya.
Masyarakat sivil
seperti yang dinyatakan oleh Edward Shils (1992) adalah : “The idea of civil society is the idea of a part of society which has a
life of its own, which is distinctly different from the State, and which is
largely in autonomy from it. Civil society lies beyond the boundaries of the
family and clan and beyond the locality.”[1]
[Ide masyarakat
sivil adalah idea sebahagian masyarakat yang mempunyai kehidupan yang
tersendiri, yang berbeza dari Negara(kerajaan), dan yang sebahagian besarnya
dalam berautonomi daripadanya. Masyarakat sivil adalah melangkaui sempadan
keluarga dan puak(bangsa) dan juga melangkaui kawasan.]
Mungkin
pengertian yang paling mudah mengenai masyarakat sivil adalah dengan melihatnya
sebagai "Third Sector", yang berbeza dari kerajaan dan perniagaan. Ia
juga merujuk kepada ruang yang wujud di antara keluarga dan Negara. Nilai-nilai
yang dianggap sebagai komponen penting dalam masyarakat sivil menurut Dr.Jasser
Auda (2007) adalah toleransi, kerjasama,
kesukarelawanan, dan pemerkasaan.[2]
Dalam memulakan
proses revolusi minda ataupun revolusi moral ditengah-tengah masyarakat yang
mengalami runtuhan moral disamping terbiasa dengan sikap 'aku tidak pedulisme',
kaedah penghukuman ataupun penerapan undang-undang yang tegas daripada pihak
kerajaan bukanlah satu bentuk tindakan yang bijak.
Hubungan yang
harmoni antara pihak yang berautoriti(kerajaan) dan masyarakat harus wujud demi memastikan atmosfera masyarakat sivil
dapat teradaptasi dan mencambahkan hasil yang lebih progresif. Hal yang
demikian akan terlaksana jika pihak kerajaan dapat memahami had limitasi kuasanya
yang ada, atau paling tidak, membezakan antara perkara yang wujud dalam ruangan
esekutif, ruangan masyarakat dan ruangan keagamaan.
Sebagai contoh,
kita lihat sahaja sikap Rasulullah apabila berhadapan dengan satu isu yg bakal
menentukan seseorang insan itu islam atau tidak. Diriwayatkan Imam Abu daud,
Ibnu Majah dan Imam Ahmad Ibn Hambal yg bermaksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah r.a. bahawa
datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda s.a.w. tetapi neneknya enggan.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu
kepada Baginda s.a.w. (berkenaan hak penjagaan kepada anak tersebut). Sabda
Baginda s.a.w. kepada mereka berdua: “Jika kamu berdua mahu, budak tersebut
akan diberikan pilihan untuk memilih (antara) kamu berdua. Kata Abdul Humaid
bin Salamah: Si ayah diletakkan di satu sudut, dan si ibu juga di satu sudut
(yang lain) dan budak tadi diberi pilihan. Didapati budak itu bergerak ke arah ibunya. Maka Baginda s.a.w.
berdoa: “Ya Allah, berikanlah hidayah kepadanya”. Kata Abdul Humaid bin
Salamah: Maka budak itu kembali kepada ayahnya.[3]
Di dalam hadith
tersebut, kita dapat melihat bahawa Rasulullah telah memainkan dua peranan yang
berbeza yg perlu ada bagi seorang hakim yg mukmin. Sudah tentulah sebagai
seorang Rasul, Rasulullah sangat inginkan umatnya diselamatkan daripada bahaya
kekufuran, namun itu tidak menghalang Baginda untuk berlaku adil. Sebagai
seorang hakim, Baginda bersikap tidak memihak ataupun bais walaupun melibatkan
perkara yang bakal menentukan aqidah seseorang. Di satu sudut yang lain sebagai
seorang Rasul, baginda mendoakan agar budak tersebut diberikan hidayah oleh
Allah s.w.t.
Kita dapat lihat
bahawa wujudnya ‘separation of power’ dalam hal ini. Begitu jugalah peranan yang
perlu dimainkan oleh pihak berautoriti(kerajaan) dalam hal-hal yang melibatkan
dakwah dalam masyarakat majmuk. Dalam pada masa yg sama, masyarakat sivil
adalah aktor utama yang mencorakkan pemikiran masyarakat terutamanya bagi
Islamis, yang mana perlu memperkasakan agenda dakwahnya tanpa perlu bergantung
harap pada kerajaan sepenuhnya.
Persoalannya,
sejauh manakah ketelusan dan survival ruang masyarakat sivil dapat dijamin
haknya oleh pihak berautoriti(kerajaan)? Bersediakan masyarakat Malaysia untuk
mewujudkan ruang masyarakat sivil yang progresif dan kerajaan yang sekular?
Pihak kerajaan
perlulah menjadi pentadbir dan pengelola kepada rakyatnya. Kalaupun kerajaan yang
diimpikan adalah kerajaan Islam, ianya tidak lari daripada konsep maqasid
syariah itu sendiri. Paling utama dalam menjamin hak-hak masyarakat adalah
dengan penerapan keadilan sejagat.
Dalam hal ini,
secara umumnya, Ibn Qayyim pernah menyebut bahawa:: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala
hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu
segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar
dari keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada yang berlawanan
dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ia
bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”.[4]
Masyarakat sivil
adalah masyarakat yang sedar dan tahu akan objektif, potensi dan falsafah
hidupnya. Masyarakat sivil juga merupakan masyarakat yang berusaha untuk memartabatkan
dirinya dan apa-apa yang berada disekelilingnya. Dalam membangunkan masyarakat
sedemikian, maka hak-hak asasi bagi setiap manusia perlu dipenuhi.
Kisah Robinson
Crusoe yang terdampar di sebuah pulau meyaksikan perihal pentingnya akan
keperluan bagi seseorang manusia itu terjaga sebelum seseorang manusia itu
benar-benar dapat mengoptimumkan fungsi manusiawinya yang lebih kompleks. Kita
dapat lihat melalui kisahnya bagaimana keperluan-keperluan asasi (makanan,
tempat tinggal, peraturan) dapat menjamin kebebasan dan membuka ruang
intelektual dalam hidupnya di pulau tersebut.
Hal ini juga
pernah disebut oleh Prof. Tariq Ramadan (2012) yg menyatakan bahawa: “Any society that does not guarantee the
condition for survival and life of all, education for all and the rule of law
to defend individual freedom is a
society that fails to respect basic human right. It deprives its member of
their potential and their powers..”.[5]
[Setiap
masyarakat yang tidak menjamin kondisi untuk kelangsungan hidup dan kehidupan
sejagat, pendidikan untuk semua dan peraturan untuk membela kebebasan individu
adalah masyarakat yang gagal untuk menghormati hak asasi manusia. Ini
menghalang potensi dan kekuatan
mereka..]
Manusia yang
lapar, manusia yang bergelendangan dan manusia yang buta huruf akan disibukkan
dengan kekurangan dirinya yang terus menerus memaksa dirinya berikhtiar untuk mencari keperluan-keperluan yang mereka
perlukan. Seringkali hal ini membuatkan mereka tiada masa malahan tidak mampu
memikirkan soal-soal yang lebih besar. Jadi dalam hal ini, tugas pihak yang
berautoriti adalah memastikan keperluan-keperluan ini terjaga demi
memperkasakan setiap individu agar potensi mereka dapat di maksimumkan.
Kedua-dua pihak
(kerajaan dan masyarakat sivil) perlu berganding bahu bagi memastikan
perkara-perkara asas tersebut dapat dipenuhi dalam masyarakat demi menyuburkan
masyarakat sivil yang progresif.
Jesteru
usaha-usaha memenuhi keperluan asasi manusia dalam masyarakat, menyuburkan
kebebasan, keadilan sejagat dan hak asasi manusia merupakan usaha-usaha yg mesti dijalankan dalam masyarakat tidak
kiralah jika ia melibatkan NGO, badan kerajaan ataupun parti-parti politik.
[1] Edward Shils (1992), “The Virtue of Civil Society”, Government and
Opposition, vol.26, no.1, p.3.
[2] Jasser Auda, & Krause,
W. (2007). ‘Civil’ does not have to be ‘Irreligious’. Civility, Security and Islamism.
(1 ed., Vol. 1, p. 17).
Retrieved from http://www.jasserauda.net/modules/Research_Articles/pdf/Arches_for_website.pdf
[3] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446
Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah
No comments:
Post a Comment