Kerajaan merupakan entiti yang diamanahkan
oleh sekelompok masyarakat dalam melaksanakan pemerintahan, pengurusan sumber,
ekonomi, pemerkasaan rakyat dan hubungan dengan masyarakat luar. Dengan erti
kata lain tugas kerajaan adalah untuk mengurus dan mentadbir masyarakat supaya
masyarakat dapat hidup dalam suasana yang mereka inginkan. Kerana itu, kerjaan
dibekalkan dengan alatan yang dipanggil kuasa bagi memudahkan tugasnya.
Masyarakat pula merupakan sekelompok
manusia yang hidup bersama yg berkongsi suatu persamaan dari sudut lokaliti,
bangsa, nilai dan lain-lain. Masyarakat
dipandu oleh nilai dan aspirasi yg dikongsi bersama, itulah alatan buat entiti
yg bernama masyarakat.
Persoalan. Entiti manakah yang
bertanggungjawab dalam membangun dan menguatkan masyarakat? Kerajaan atau
masyarakat itu sendiri? Perubahan manakah yg dianggap tulen, dan lebih kuat
bertahan?
Dalam menjawab persoalan ini, pelbagai idea
dan model telahpun dibincang dan diprojeksikan sejak berzaman-zaman. Malahan
wacana ini juga seringkali menyaksikan pertentangan yg sengit antara pelbagai
pihak hingga ke tahap menumpahkan darah.
Ramai percaya dengan menaiki tampuk
pemerintahan, segala perubahan malah pemerkasaan dapat direalisasikan. Malah
tidak mengejutkan ada yang beriman bahawa hanya dengan menguasai takhtalah
segala agenda pemerkasaan dapat dicapai. Kepercayaan ini benar dalam pengamatan logik. Ia besandarkan asbab
kuasa yang dipegang kerajaan, maka kerajaan mampu membuat apa sahaja yang
ditentukan. Namun, adakah ianya akan menatijahkan sebuah pemerkasaan yg tulen?
Adalah ianya mampu bertahan?
Saya percaya, tugas kerajaan bukanlah untuk
merobah dan memperkasakan masyarakat secara direct. Tugas kerajaan adalah untuk
menyediakan suasana yang kondusif bagi tujuan tersebut. Kenapa? Kerana jika
kerajaan yang mewujudkan perubahan tersebut secara direct, maka dikhuatiri
kuasa yang diamanahkan kepadanya akan digunakan untuk memaksa masyarakat tunduk
kepada kemahuan kerajaan tersebut.
Kita percaya bahawa pemaksaan bukanlah
suatu medium yang baik untuk mewujudkan perubahan dan pemerkasaan. Namun kita
tidak menafikan bahawa proses outside-in diperlukan bagi menatijahkan sesuatu
perubahan, tapi bukanlah sekuat inside-out. Apatah lagi jika ianya dilakukan
dengan pemaksaan. Pemaksaan merupakan kata lawan kepada kebebasan dalam
memilih. Sedangkan kebebasan memilih itu merupakan hak yang dijamin kepada
seluruh manusia. Tanpa pilihan, tiadalah taklifan(tanggungjawab) buat
seseorang, bahkan ia layak untuk tidak dipanggil sebagai manusia. Memilih untuk
jadi baik amat berbeza daripada terpaksa jadi baik atau dipaksa menjadi baik.
Dengan kebebasan maka autonomi akan
terjamin. Autonomi dalam erti kata kebolehan dan kompitensi untuk memilih dan
berbuat sesuatu tanpa perlukan bimbingan dan suruhan daripada orang lain. Kata
mudahnya adalah berdikari. Tidak perlu
kita berpuas hati apabila sesorang manusia melakukan sesuatu kebaikan dihadapan
mereka yang berautoriti, akan tetapi hasil yang mahu dicapai dalam melahirkan
manusia yang berdikari adalah manusia yang mampu melakukan sesuatu kebaikan tanpa
kehadiran penujuk ajar atau mereka berautoriti tersebut.
Maka untuk melahirkan masyarakat kerautonomi, seharusnya ianya datang dengan kesedaran sendiri dalam lubuk teras masyarakat yang terdalam yang kemudiannya memancar kepada seluruh masyarakat umum, bukannya dengan pemaksaan dari mereka yang berkuasa kepada masyarakat. Disini dapat dilihat perlunya suatu kumpulan dalam masyarakat yang sedar dan insaf akan perlunya proses pemerkasaan masyarakat melalui penerapan pemahaman yang mendasar dan jelas kepada masyarakat, sekaligus meningkatkan darjat nilai dan budaya masyarakat itu sendiri.

Kembali kepada peranan kerajaan dalam
pemerkasaan masyarakat. Seperti yang disebut sebelum ini, tugas kerajaan adalah
memastikan suasana perubahan dan pemerkasaan itu diperlihara dan dalam masa
sama mewujudkan suasana yang kondusif bagi merangsang proses tersebut. Disini
dapat dilihat bahawa kerajaan juga merupakan pemain yang penting dalam proses
tersebut kerana mereka juga terlibat secara indirect dalam proses tersebut.
Persoalan. Apakah yang dimaksudkan dengan suasana yang kondusif dan tanggungjawab secara indirect tersebut? Suasana yang kondusif ini secara amnya merujuk kepada satu iklim yang tepat kepada sesebuah misi tersebut dapat dicapai. Ia meningkatkan kemungkinan terhadap pencapaian matlamat. Dalam hal ini, proses terhadap matlamat ingin dicapai adalah pemerkasaan masyarakat. Maka tugas kerajaan dalam skop ini adalah untuk menyokong dan bertindak adil terhadap mana-mana entiti yang memperjuangkan pemerkasaan masyarakat serta menolak apa sahaja unsur-unsur yang menafi, menghalang dan menyekat proses pemerkasaan tersebut.

Dalam bidang tugas menyokong dan bertindak
adil, unsur yang perlu diterap merupakan unsur nilai etika dan keterbukaan.
Kerajaan pertamanya perlu terbuka dalam menghadapi masyarakat. Norma masyarakat
kini terdedah kepada kepelbagaian. Dalam satu masyarakat yang berkongsi
lokaliti dan kewargaan, wujud juga subset-subset masyarakat yang pelbagai
sebagai contoh masyarakat tergerak atas dasar bangsa, nilai dan agama. Kerajaan
perlu sedaya upaya untuk mewujudkan persamaan dan tidak cenderung kepada
mana-mana pihak atas dasar kesamaan yang dikongsinya. Suasana kompitetif antara
subset masyarakat tersebut sepatutnya diraikan dan diharmonikan bukannya
disekat, ditutup dan disempitkan kepada satu. Jika budaya sekat tersebut yang
dilaksanakan makanya ianya tidak ubah seperti sikap Firaun dan
pemimpin-pemimpin autokratik yang lain yang gagal menghayati apatah lagi
menghormati kepelbagaian yang wujud.
Kuasa yang diberikan oleh masyarakat kepada
kerajaan adalah merupakan kepercayaan rakyat kepada kerajaan untuk menolak
kemudharatan. Namun apakah atas alasan menolak kemudharatan, maka kerajaan
boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa bagi menyekat apa sahaja entiti yang
kononnya dikatakan ejen kepada kemudharatan tersebut? Disitulah fungsi
kebebasan dan konsultasi diperlukan. Kadangkala perbezaan disalah anggap
sebagai kemudharatan, ini merupakan kesalahan yang sangat jelas. Perbezaan sepatutnya diselesaikan secara
harmonis dan melalui perbincangan dan pertukaran pendapat.
Justeru apakah yang boleh dijustifikasikan
sebagai kemudharatan tersebut? Secara tuntas, kemudharatan dapatlah disimpulkan
sebagai apa sahaja yang dipersetujui oleh masyarakat berdasarkan rasionaliti
tentang apa sahaja perbuatan yang menyalahi etika dan moral dalam masyarakat.
Kezaliman, rasuah, pecah amanah, persengketaan, monopoli dan lain-lain
merupakan beberapa tema yang boleh dikategorikan sebagai mudharat buat
masyarakat.
Di pengakirannya, kedua-dua entiti, kerajaan mahupun masyarakat memainkan peranan yang besar dalam pemerkasaan masyarakat. Kerajaan dengan pendekatan indirectnya, manakala masyarakat dengan pendekatan mereka yang tersendiri. Sinergi tersebutlah yang diperlukan bagi memastikan aspriasi masyarakat yang progresif dapat direalisasikan. Wallahu’alam.

Shuhaib Ar Rumy Bin Ismail.
Indera Mahkota, Kuantan.
16 Nov 2012; 1.35am
Indera Mahkota, Kuantan.
16 Nov 2012; 1.35am
No comments:
Post a Comment