Kerajaan merupakan entiti yang diamanahkan
oleh sekelompok masyarakat dalam melaksanakan pemerintahan, pengurusan sumber,
ekonomi, pemerkasaan rakyat dan hubungan dengan masyarakat luar. Dengan erti
kata lain tugas kerajaan adalah untuk mengurus dan mentadbir masyarakat supaya
masyarakat dapat hidup dalam suasana yang mereka inginkan. Kerana itu, kerjaan
dibekalkan dengan alatan yang dipanggil kuasa bagi memudahkan tugasnya.
Thursday, November 15, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Islam, Rahmat Buat Seluruh 'Alam
“Islam, Rahmatan
lil ‘alamin”, satu adagium yang indah dan mendalam buat mereka yang mahu
berfikir, merenung dan menghayatinya.
Justeru kita
sebagai seorang Muslim, apakah kita benar-benar menghayati semangat rahmatan
lil ‘alamin tersebut? Ataupun ianya hanyalah slogan yang hinggap di bibir
tanpa dihayati dan dinikmati oleh jiwa-jiwa yang mempercayai Tuhan yang Satu?
Dan sejauh manakah
kita mendalami, memahami dan mempraktikkan misi suci tersebut; yang kerananya diutuskan
revolusioneer agung yang dicintai dan dikagumi manusia sejagat, yang kerananya
kita berbahagia dengan kehidupan dan
pegangan kita hari ini, yang kerananya jugalah hak-hak manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk Tuhan seluruhnya dijaga dan dipelihara?
Saturday, June 16, 2012
Pembinaan Masyarakat Sivil: Satu Lontaran Ide
Masyarakat sivil
merupakan satu medium permulaan yang baik untuk membentuk dan membina sebuah
masyarakat yang progresif dan tinggi nilainya.
Masyarakat sivil
seperti yang dinyatakan oleh Edward Shils (1992) adalah : “The idea of civil society is the idea of a part of society which has a
life of its own, which is distinctly different from the State, and which is
largely in autonomy from it. Civil society lies beyond the boundaries of the
family and clan and beyond the locality.”[1]
Labels:
Kenegaraan,
Mankind,
Masharakat,
My Thought,
National
Monday, February 6, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)