Oleh MUSTAFA AKYOL.
Diterjemah oleh Shuhaib Ar Rumy.
Istilah "Islam Politik" telah menjadi tema yang
dominan dalam politik Timur Tengah sejak beberapa dekad. Dengan rampasan kuasa
oleh tentera di Mesir dan ketegangan politik di Turki, tema ini sekali lagi berjaya
mendapat tumpuan. Ramai yang tertanya-tanya adakah Islam Politik telah mati
ataupun telah berjaya; samada ianya semakin bersederhana ataupun semakin
radikal.
Jawapan yang ingin dicari tidak mudah untuk dicapai, akan
saya akan kongsikan beberapa pandangan saya disini. Pertama, "Islam Politik"
sebenarnya satu istilah yang sangat samar-samar, dan ia mungkin bergantung pada realiti yang sangat berbeza. Ini adalah
kerana pengaruh Islam pada lapangan politik boleh mengambil bentuk yang sangat
berbeza. Al-Quran sebenarnya tidak
memberi definisi khusus tentang negera
atau model idealoginya, akan tetapi Al-Quran menggariskan nilai-nilai yang
perlu ada dalam politik seperti "keadilan" atau "rundingan"(musyawarah).
Persoalan tentang bagaimana seseorang memahami nilai-nilai dan membina visi
politik mereka sangat bergantung kepada faktor-faktor luar dari skop keagamaan,
seperti konteks dan cara berfikir.
Minda Autoritarian, sebagai contoh, membina sebuah "Politik
Islam" yang sangat autoritarian. Apabila Al-Quran menyarankan bahawa umat
Islam seharusnya sentiasa mengerjakan solat, mereka terus menubuhkan "polis
agama" untuk memastikan setiap orang bersolat. Berbeza dengan gaya
berfikir seorang Muslim yang terbuka (liberal), mereka akan mengatakan bahawa solat
adalah tugas peribadi seorang hamba kepada Allah. (Perintah Al-Quran tentang
"menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran" boleh juga
ditafsirkan dengan cara yang autoritarian atau liberal, seperti yang saya nukilkan
dalam buku saya, "Islam Tanpa Ekstrem.")
Masalah utama dengan Islam Politik pada zaman moden ini
ialah bahawa ia sentiasa berkembang dalam budaya politik setempat yang sudah
sedia autoritarian. Itulah sebabnya mengapa pergerakan ideologi bukan Islam di
tempat yang sama bersifat autoritarian juga. Cukup sekadar dengan melihat
golongan sekular Turki, Tunisia atau Iran: mereka semua mempunyai sejarah
mengharamkan tudung, yang menjadikan mereka cerminan yang paling sempurna dengan Islamis yang cuba mewajibkan pemakaian tudung yang
sempurna. (Malah terdapat juga golongan "liberal" disesetengah
tempat bersikap seperti autoritarian,
seperti yang berlaku di Dataran Tahrir
yang telah memuji peristiwa berdarah rampasan kuasa oleh tentera Mesir.)
Maka persoalannya bukanlah terletak pada bagaimana untuk menyekat
"Islam Politik" atau memaksakan sekularisasi masyarakat Islam, akan
tetapi bagaimana untuk meliberalisasikan budaya politik masyarakat yang berlaku
kepada masyarakat Muslim. (Atau boleh sahaja berlaku kepada masyarakat Rusia,
Cina, Burma - anda sebut sahaja.)
Dalam pandangan saya, terdapat dua cara utama untuk
menyelesaikan persoalan ini: yang pertama, mempromosikan ekonomi pasaran, dan
dengan itu mewujudkan pembangunan ekonomi yang akan memperkasakan golongan
kelas sederhana, yang kemudiannya akan menjadikan mereka condong ke arah
liberal. Perkara ini telahpun berlaku di Turki.
Keduanya adalah membantu menyelamatkan golongan Muslim yang
konservatif dari merasai perasaan “sedang dikepung”. Dalam erti kata lain
adalah tidak mengebom negara-negara mereka atau melancarkan rampasan kuasa
tentera terhadap parti-parti politik mereka. Mengalu-alukan mereka dengan
Demokrasi, dan memastikan peraturan-peraturan yang dimainkan adil dan saksama.
Dijangka banyak "perang idea" akan berlaku, dalam
cara yang positif, hanya dengan terwujudnya konteks yang mesra liberalisme (terbuka).
Walaupun begitu, ianya akan masih mengalami banyak masalah seperti
sikap angkuh, cauvinis kaum lelaki, paranoia dan beberapa kekosongan, seperti
yang dapat terlihat di Turki. Tetapi jangan kita lupa bahawa masalah tersebut
wujud hampir di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia. Juga jangan dilupakan
bahawa evolusi "politik agama Kristian" dari kezaliman Inquisisi Sepanyol
kepada liberalisme Martin Luther King juga tidak berlaku dalam tempoh
semalaman.
July/13/2013
No comments:
Post a Comment