Bagi yang lahir dalam kelompok Assya’irah (majoriti umat Melayu), pasti akan terbiasa dengan doktrin bahawa Allah menentukan segalanya bagi manusia samada perbuatan baiknya ataupun perbuatan buruknya.
Soal ini sering buatku terfikir, andai benar begitu maka mudahlah manusia beralasan jikalau mereka melakukan kesilapan. Mungkin boleh dijawab bahawa kita perlu berbaik sangka dengan Tuhan, tapi bagaimana ingin kita rasionalkan doktrin itu kepada mereka yang kononnya lemah imannya atau mereka yang Allah campakkan berjuta pertanyaan dalam kotak rasionalnya?
Maka dengan itu, Allah Maha Adil apabila mengurniakan kepada manusia daya untuk memilih, kebebasan yang mutlak untuk melakukan segala perbuatan samada yang baik mahupun yang buruk.